My Blog Archive

The Followers

Sunday, February 19, 2012

Mukadimah Cinta...


Cinta sememangnya sukar ditafsir.. 
Ada ketikanya kerana cinta,
 manusia buta hati dan mata menerima segalanya dengan rela.. 
Ada masanya kerana cinta
manusia hilang pertimbangan berbunuhan sesama sendiri.. 
Cinta juga membuatkan kita rindu pada si dia tatkala berjauhan.. 
Tetapi ia juga mampu membuatkan pasangan kekasih bercakaran siang dan malam hanya kerana sifat cemburu akibat terlalu menyintai pasangan.. 
Kerana cinta juga, 
ada yang bertindak di luar pertimbangan apabila sanggup membunuh diri hanya kerana kehilangan kekasih hati.. 
Atas nama cinta juga, 
pasangan sanggup bergelinangan air mata berhari-hari meratapi si dia yang dicintai pergi meninggalkan kita.. 
Adakalanya, cinta itu begitu indah.. 
Dan adakalanya, cinta itu sangat kejam..
Namun yang pasti, 
cinta itu anugerah Tuhan paling indah buat manusia.. 
Manusia dijadikan berpasangan maka cinta sejati tidak mengenal usia, pangkat dan harta.. 
Dan kerana cinta juga nikmat hidup lebih dirasai.. 
Cinta sememangnya satu hakikat bagi manusia.. 
Hidup pastinya tak sempurna tanpa cinta.. 
Namun, 
cinta abadi adalah cinta terhadap pencipta-Nya dan itulah ketentuan bagi setiap manusia..


p/s : hanya mampu pasrah.. :'(